Anak kami Nur Aqeelah yang berusia 11 tahun, terlibat dalam kemalangan di sekolah yang mengakibatkan darah beku di arteri lengan kiri. Beliau menjalani 3 pembedahan berturut-turut dlam masa sebulan tetapi menjadi semakin teruk. Beliau juga mengalami Strok pada Oktober 2009 dan diwadkan di ICU selama 3 hari. Ini mengakibatkan kecacatan otak dan ketidakupayaan tubuh keseluruhan. Selepas mengalami strok, Nur Aqeelah tidak berupaya melihat dengan jelas serta susah berdiri tegak dan mengalami Gangerene atau reput di lengan kiri yang mana jika tidak dirawat segera akan kehilangan lengan kirinya. Untuk kembali kepada keadaan biasa, beliau perlu menjalani terapi harian di hyperbaric chamber untuk melancarkan perjalanan darah dan oksigen ke otak. Beliau perlu menjalani 40 sesi terapi dan kos 1 terapi sahaja memerlukan RM 500. Beliau juga memerlukan satu pembedahan utama bagi membaiki urat saraf di lengan kiri yang didapati menjadi faktor utama kepada penyakit ini. Kos bagi pembedahan ini dianggarkan antara RM40,000 hingga RM60,000. Saya telah mencuba pelbagai saluran bagi mendapatkan dana bagi tujuan perubatan Nur Aqeelah akan tetapi agak perlahan berbanding dengan rawatan yang perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan risiko terhadap nyawa beliau. Saya merayu kepada semua terutamanya rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat menyelamatkan Nur Aqeelah agar dapat beliau menjalani kehidupan yang biasa seperti kanak-kanak lain.
No comments:
Post a Comment